Pengenalan


Perlis Comm Sdn Bhd atau ringkasnya PCSB di perbadankan sebagai sebuah anak syarikat kerajaan negeri pada 6 July 2005, Perlis Comm telah memulakan operasinya secara rasmi pada 1 Mac, 2007.

Penubuhan PCSB adalah di atas insiatif Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi Malaysia (KTAK) yang menghendakki setiap Kerajaan Negeri menubuhkan sebuah Syarikat Sokongan Kerajaan atau State Backed Company (SBC) kearah membantu Kementerian tersebut dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mempercepatkan pelaksanaan rancangan menyediakan rangkaian infrastruktur (menara) telekomunikasi diseluruh negara demi mempastikan liputan perkhidmatan telekomunikasi selular yang cekap dan sempurna.

Di bawah dasar tersebut, setiap SBC telah di anugerahkan lesen Network Facilities Provider (NFP LICENCE) oleh SKMM yang memberikan hak eksklusif kepada SBC untuk membina, menyenggara, memilikki dan menyewakan menara menara telekomunikasinya kepada tiga syarikat telekomunikasi selular iaitu, Celcom, Maxis dan DiGi. Kadar serta terma terma sewaan menara menara SBC oleh ketiga tiga TELKO tersebut termaktub di dalam Licence Agreement yang ditandatangani oleh ketiga tiga syarikat Telko dengan SBC mengikut negeri masing masing. Di bawah Perjanjian tersebut, syarikat syarikat Telko terikat untuk menyewa menara menara telekomunikasi yang di dirikan atas permintaan nya selama tempoh 15 tahun. Kos membina dan menyenggara menara adalah di tanggung oleh SBC masing masing.



 



Copyright 2009 All Rights Reserved - Perlis Comm Sdn Bhd (701986-V)


Maintained and Design by Studi07 Team